awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Waspada peralihan monsun aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kesuburan Singapura menurun ke tahap terendah pada 2025

Bernama
Bernama
26/02/2026
13:43 MYT
Kadar kesuburan Singapura menurun ke tahap terendah pada 2025
Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) Singapura menurun secara mendadak kepada paras terendah baharu 0.87 pada 2025 daripada 1.24 sedekad lepas. - Gambar hiasan
Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) Singapura menurun secara mendadak kepada paras terendah baharu 0.87 pada 2025 daripada 1.24 sedekad lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Gan Kim Yong.
Beliau berkata, TFR 0.87 bermakna setiap 100 penduduk kini diunjurkan hanya mempunyai 44 anak dan 19 cucu untuk generasi ketiga.
"Tahun lepas, kita menyambut 27,500 bayi penduduk. Ini sebenarnya angka kelahiran paling rendah pernah direkodkan dalam sejarah kita.
"Kadar perkahwinan telah turun dan mereka yang sudah berkahwin mempunyai bilangan anak lebih rendah atau tiada anak," katanya semasa bahas Jawatankuasa Perbekalan 2026 di Parlimen pada Khamis.
Dalam pada itu, Gan juga menyatakan, penduduk republik itu menua lebih cepat berbanding sebelum ini, dengan generasi baby boomer kini berusia 60-an dan lebih tua.
"Tahun lepas, satu daripada lima warganegara berumur 65 tahun ke atas, berbanding satu daripada lapan pada 2015. Ini cabaran yang wujud," katanya.
Menurut Gan, kadar pertumbuhan penduduk Singapura perlahan sepanjang sedekad walaupun berlaku imigrasi, jatuh daripada purata 0.9 peratus setahun dalam tempoh lima tahun dari 2015 hingga 2020, kepada 0.8 peratus setahun dari 2020 hingga 2025.
Pada 2025, kadar pertumbuhan penduduk hanya meningkat pada 0.7 peratus, katanya.
"Kurangnya kelahiran hari ini bermakna semakin kurang golongan muda dalam tempoh dua hingga tiga dekad akan datang. Jika tiada langkah baharu diambil, populasi rakyat kita akan mula menyusut pada awal 2040-an," kata Gan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Kadar kesuburan
#menurun
#Gan Kim Yong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan