awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar sewa kuarters PPj naik, dakwa Najib

Bernama
Bernama
07/01/2019
20:51 MYT
Kadar sewa kuarters PPj naik, dakwa Najib
NAJIB: Kalau betul-betul perlu dinaikkan, naikkanlah sedikit demi sedikit, jangan digandakan serta-merta macam ini. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kadar sewa kuarters Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini naik berganda dari RM400 kepada RM800 sebulan.
"Kalau betul-betul perlu dinaikkan, naikkanlah sedikit demi sedikit. Jangan digandakan serta-merta macam ini sehingga tidak dapat bernafas," katanya dalam catatan di Facebook miliknya pada Isnin.
Najib berkata penyewa kuarters berkenaan adalah penjawat awam dan pekerja kerajaan dan menurutnya, PPj adalah milik penuh kerajaan dan di bawah kawal selia kerajaan.
Dalam catatan itu, turut disertakan dua keping gambar notis makluman kadar baharu sewaan kuarters Blok F dan G milik PPj Presint 11.
Dalam notis tersebut, ia menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PPj telah menetapkan kadar baharu bagi sewaan kuarters PPj iaitu Blok F (Aras 1 hingga 16) ialah RM800 manakala Blok G Aras bawah dan Aras 1 ialah RM800 manakala Aras 2 (RM700) dan Aras 3 dan 4 (RM600).
Notis itu menyatakan bahawa kadar baharu sewaan akan berkuat kuasa setelah kontrak penyewaan sedia ada tamat dan penyewa masih berminat untuk meneruskan kontrak baharu bagi penyewaan kuarters berkenaan.
PPj yang dihubungi bagi mendapatkan maklum balas menyatakan satu kenyataan berhubung perkara berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#kadar baharu
#kakitangan kerajaan
#kerajaan
#kuarters
#naik berganda
#Najib Razak
#notis
#penjawat awam
#Perbadanan Putrajaya
#Perdana Menteri
#PPj
#Putrajaya
#sewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan