awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2024
11:45 MYT
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Menurut laporan awal JBPM, banjir kilat tersebut telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar bamdar Kajang. - FB Khidmat Malaysia
KAJANG: Hujan lebat yang melanda sekitar bandar Kajang telah mengakibatkan sebahagian jalan utama di bandar itu dilanda banjir kilat.
Menurut laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), banjir kilat tersebut telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
Dalam pada itu dengan kekuatan seramai tujuh anggota dan pegawai, pihak JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun, selepas banjir melimpah masuk ke kediamannya di Kampung Sungai Kantan.
“Komander Operasi melaporkan, banjir paras paras buku lali telah memasuki sebuah rumah yang terdapat seorang mangsa warga emas berumur 86 tahun. Dia telah di bawa keluar oleh Anggota Bomba dan dibawa ke tempat selamat,” menurut laporan awal itu lagi.
Buat masa ini JBPM Selangor berkata situasi diklasifikasikan sebagai banjir kilat, dan keadaan kini sudah terkawal, namun Bomba masih meneruskan pemantauan di kawasan yang terjejas.
Berdasarkan portal Info Banjir, beberapa stesen merekodkan kenaikan air sungai melebihi paras bahaya, termasuk Sungai Langat di Pekan Kajang, Sungai Langat di Taman West Country Kajang, Sungai Klang di Selat Muara dan Sungai Klang di Bandar Klang.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#banjir kilat
#Kajang
#hujan lebat
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan