awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian dalaman berhubung elaun penerima Pingat Jasa Malaysia selesai - Hishammuddin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/09/2022
08:22 MYT
Kajian dalaman berhubung elaun penerima Pingat Jasa Malaysia selesai - Hishammuddin
Pihaknya kini menanti untuk perkara itu mendapat pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah menyelesaikan kajian dalaman berhubung pemberian Elaun Kenangan Kepada penerima Pingat Jasa Malaysia.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya kini menanti untuk perkara itu mendapat pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan.
"Menerusi pertemuan dengan wakil veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang turut menjadi kemahuan Veteran ATM ialah Elaun Kenangan Kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).
"Sebab itulah, pelbagai pemegang taruh di MINDEF dan ATM telah beberapa kali duduk semeja, berkongsi pandangan, meneliti langkah serta perancangan.
"Terbaharu, satu bengkel berkaitan elaun PJM telah diadakan awal Ogos lalu, di mana beberapa Persatuan Veteran turut dilibatkan termasuklah Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Veteran TLDM, Persatuan Veteran TUDM, Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan keperluan menampung perbelanjaan seharian, MINDEF turut memajukan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk meluluskan kenaikan jumlah Bantuan Sara Hidup kepada Veteran ATM tidak berpencen di bawah Kategori B40 daripada RM300 sebulan kepada RM400 sebulan.
"Usaha tidak akan terhenti kerana MINDEF sentiasa berusaha bertungkus-lumus demi membela kebajikan Veteran ATM dengan sebaik mungkin. Perkembangan dan hasil usaha ini akan saya umumkan dari semasa ke semasa," jelasnya.
Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa perancangan bukan sahaja perlu dibincangkan di peringkat MINDEF sahaja, malah turut melibatkan perihal kewangan dan pentadbiran awam yang memerlukan pertimbangan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
"Saya akan terus berhubung dengan Menteri Kewangan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa bagi memastikan harapan kita ini dapat dipenuhi," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#ATM
#Angkatan Tentera Malaysia
#Pingat Jasa Malaysia
#elaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan