awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lokasi tanah runtuh diisytihar kawasan bencana, satu PPS dibuka
Ancaman keselamatan di Selat Hormuz akibat serangan AS-Israel, Iran beritahu India
PDRM umum pertukaran 11 pegawai kanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini - Hannah

Bernama
Bernama
09/03/2026
05:24 MYT
Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini - Hannah
Hannah berkata kajian yang dilaksanakan oleh UIAM itu sedang dilaksanakan ketika ini dan laporan interim telah dibentangkan kepada kerajaan. - Gambar fail
Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 bagi mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu kota termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur dijangka selesai pada hujung bulan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu sedang dilaksanakan ketika ini dan laporan interim telah dibentangkan kepada kerajaan.
“Lepas bulan Mac mereka (UIAM) siapkan, jika tidak mereka akan berjumpa dengan kita. Mereka dah berjumpa sekali dan dah ada laporan interim, tetapi sesi temu bual (dengan pihak berkepentingan) masih berjalan.
“Itu (pembentangan pada Jemaah Menteri) belum lagi, saya kena tunggu kajian dulu,” katanya pada sidang media mengenai pengukuhan kesedaran keselamatan kebakaran di bangunan strata berketumpatan tinggi Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta semua pihak agar tidak memandang rendah keupayaan universiti awam seperti UIAM untuk melaksanakan kajian berhubung kebolehlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Pada 3 Feb lepas, Hannah berkata kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya PBT di ibu kota termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dijalankan sejak pentadbiran Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Beliau berkata kajian berkenaan bermula sejak Disember lepas susulan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian dikemukakan oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pihan raya datuk bandar KL
#Hannah Yeoh
#Ibu Kota
#UIAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan