awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian kenaikan gaji hanya untuk penjawat awam cecah gaji maksimum

Bernama
Bernama
01/11/2012
08:56 MYT
Kajian kenaikan gaji hanya untuk penjawat awam cecah gaji maksimum
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian kenaikan gaji daripada dua hingga lima peratus yang sedang dilaksanakan kerajaan pada masa ini hanya melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai gaji maksimum.
Beliau berkata kajian ini bukan membabitkan kenaikan gaji secara keseluruhan bagi perkhidmatan awam.
"Apa yang saya umumkan mengenai kenaikan gaji (semalam), (ada) yang disalah tafsir, sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah kita mempunyai penjawat awam yang telah mencapai had maksimum gaji mereka.
"Jadi kajian itu tertumpu kepada golongan yang sudah mencapai had maksimum. Tetapi semua ini akan diberikan dan dilaksanakan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi markah yang melebihi 80 peratus," katanya.
Katanya ia juga bagi memberikan keadilan kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi yang baik dan cemerlang, dengan mencatat markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.
Topic Berkaitan
#Dr Ali Hamsa
#Gaji baru
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan