awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakak rayu adiknya serah diri kepada polis

Bernama
Bernama
09/01/2013
07:34 MYT
Kakak rayu adiknya serah diri kepada polis
Seorang kakak hari ini merayu adiknya, seorang daripada tujuh tahanan Penjara Pulau Pinang yang meloloskan diri semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan van polis Isnin lepas, supaya menyerah diri kepada polis.
Norazah Abdul Rahman, 40, berkata Hisham ditahan sejak hujung tahun lepas kerana kesalahan merompak dan difahamkan pada hari kejadian dia dibawa ke mahkamah untuk keputusan hukuman kesnya.
"Kami semua enam adik beradik merayu dia serah diri kepada polis secepat mungkin, bukan ini caranya (melarikan diri), lagipun sampai bila dia nak melarikan diri macam ini. Saya yakin dia terikut dengan kawan-kawan (tahanan lain)," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pokok Tampang, di sini hari ini.
Norazah berkata Hisham yang menduda dan mempunyai dua orang anak tinggal bersebelahan rumahnya seorang diri sejak ibu bapa mereka meninggal dunia dua tahun lepas.
"Dua minggu lepas, suami kakak ada pergi menemui dia di penjara Pulau Pinang dan keadaan dia sangat gembira, Hisham juga berjanji akan bertaubat serta mengubah sikapnya menjadi seorang yang baik.
Pada kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan dari Penjara Pulau Pinang meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan sebuah van polis.
Bagaimanapun, polis memberkas dua daripada tahanan setelah menemui semula van di Kampung Padang Chempedak di sini manakala tujuh lagi termasuk Hisham melarikan diri di sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda di sini.
Topic Berkaitan
#Makhamah Butterworth
#meloloskan diri dari polis
#Norazah Abdul Rahman
#tahanan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan