awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan Microsoft di China diwajibkan guna iPhone

Amanz
Amanz
09/07/2024
03:30 MYT
Kakitangan Microsoft di China diwajibkan guna iPhone
Penggunaan peranti Android adalah diharamkan sama sekali dan kakitangan yang menggunakannya sekarang akan diberikan dana untuk membeli iPhone 15 oleh Microsoft. -Amanz
KAKITANGAN Microsoft di China diwajibkan menggunakan iPhone atas sebab keselamatan bermula September ini.
Penggunaan peranti Android adalah diharamkan sama sekali dan kakitangan yang menggunakannya sekarang akan diberikan dana untuk membeli iPhone 15 oleh Microsoft.
Pengharaman penggunaan peranti Android turut berkuat kuasa ke atas kakitangan yang bekerja di Hong Kong.
Tindakan drastik ini diambil atas sebab keselamatan selepas syarikat terlibat dengan beberapa kerentanan sekuriti yang serius menyebabkan data digodam dan pelanggan menjadi mangsa serangan siber.
Di China, GMS tidak boleh digunakan menyebabkan beberapa ciri sekuriti yang digunakan seperti Microsoft Authenticator tidak boleh dipasang pada peranti kakitangan.
Dengan penggunaan iPhone sepenuhnya, Microsoft akan menyeragamkan sistem mengesahkan identiti kakitangan dengan Microsoft Authenticator perlu digunakan sepanjang masa.
Ironi di sini ialah Microsoft pernah menawarkan telefon pintar Android sebelum menarik diri daripada pasaran.
Semasa iPhone dilancarkan pada tahun 2007, CEO Microsoft pada ketika itu Steve Balmer mentertawakan Apple kerana menjual telefon pintar yang dikatakan terlalu mahal.
Sekiranya Microsoft sendiri mewajibkan penggunaan iPhone, Apple boleh berbangga kerana ia mengesahkan status telefon pintar mereka sebagai yang paling boleh dipercayai tahap keselamatannya. -Amanz
Topic Berkaitan
#Kakitangan Microsoft Di China
#Diwajibkan guna iPhone
#serangan siber
#Android
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan