awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan Pejabat Hutan Cameron Highlands maut kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2019
14:02 MYT
Kakitangan Pejabat Hutan Cameron Highlands maut kemalangan
Keadaan kereta mangsa yang terbabas di bahagian kanan Jalan Aring-Sungai Gawi, Hulu Terengganu. - Astro AWANI
Seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands maut manakala anaknya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas pada Ahad.
Nahas berlaku di KM93 Jalan Aring-Sungai Gawi, Hulu Terengganu kira-kira jam 1 petang.
Kejadian itu menyebabkan mangsa, Mohd Fauzi Azir, 38 tahun, maut di tempat kejadian manakala anaknya, Muhammad Alif Syazwan Mohd Fauzi, 8, cedera di bahagian kaki.
Ketika kejadian, kedua-dua beranak itu dikatakan dari arah Cameron Highlands menghala ke Kuala Berang.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Wira yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Supt Abd Razak Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Mayat Mohd Fauzi dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut manakala Muhammad Alif Syazwan menerima rawatan di hospital sama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Jalan Aring-Sungai Gawi
#kemalangan maut
#Pejabat Hutan Cameron Highlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan