awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau turunkan harga, belum tentu pelanggan nak datang'

Sinar Harian
Sinar Harian
24/04/2021
01:30 MYT
'Kalau turunkan harga, belum tentu pelanggan nak datang'
Bazar Tok Guru di antara lokasi wajib tumpuan pelancong dalam dan luar negeri untuk mendapatkan pelbagai barangan terutamanya pakaian. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Situasi peniaga di Kelantan nampaknya semakin getir untuk mencari rezeki susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat peningkatan penularan pandemik Covid-19.
Rata-rata mereka berpandangan, berkemungkinan pelanggan tidak juga berkunjung ke premis perniagaan mereka walaupun harga barangan diturunkan begitu rendah akibat situasi pandemik ketika ini di Kelantan.
Tinjauan Sinar Harian di Bazar Tok Guru di sini misalnya mendapati, suasana di semua kedai nampak sunyi walaupun rata-rata peniaga dibenarkan berniaga seperti biasa.
Barang niaga seperti baju, jubah, kain dan sebagainya dilihat tergantung sepi tanpa ‘sentuhan’ pembeli sejak dua minggu lalu namun peniaga masih bersabar.
Salah seorang peniaga, Azizah Omar, 55, memberitahu, setiap hari dia akan membuka kedai pada jam 10 pagi sehingga 4.30 petang namun menyedihkan kerana tidak ramai pelanggan yang datang dan kadang-kadang tiada langsung dalam tempoh seminggu.
Azizah Omar (kanan) melayani pelanggan di kedainya untuk mencari pakaian. - Foto Sinar Harian
Azizah Omar (kanan) melayani pelanggan di kedainya untuk mencari pakaian. - Foto Sinar Harian
“Memang memeritkan tapi kami semua tetap bersabar. Semua peniaga tetap buka kedai dengan harapan memperoleh rezeki. Kita ada pelanggan tetap tetapi mereka cuma datang sekali sekala.
“Jika turunkan harga, sampai tiada untung belum tentu ada pelanggan yang datang. Tapi kami tetap bersabar, semoga ada hikmah dengan ujian Allah ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Rosidah Mahmud, 46, turut berkongsi perkara yang sama dan memberitahu, sekatan rentas negeri dan daerah sangat memberi kesan kepada peniaga yang menjadi pembekal kepada pemborong sepertinya.
Rosidah Mahmud menyusun kain telekung solat yang dijual di kedainya di sini. - Foto Sinar Harian
Rosidah Mahmud menyusun kain telekung solat yang dijual di kedainya di sini. - Foto Sinar Harian
Katanya, sebelum ini kain telekung yang dijual olehnya diambil oleh pemborong dari seluruh negeri dan turut dipasarkan ke luar negeri.
Bagaimanapun, sejak aktiviti rentas tidak dibenarkan, banyak urusan terganggu dan mereka yang berniaga di luar negeri terpaksa menanggung kos tinggi apabila perlu menggunakan perkhidmatan pos.
“Kami tidak boleh turunkan harga sewenang-wenangnya sebab tidak boleh lagi beli harga runcit sebagaimana sebelum ini sebab harga barang semakin naik atas sebab pelbagai kesulitan," luahnya.
Suasana di Bazar Tok Guru sunyi berbeza dengan Ramadan tahun-tahun lalu. - Foto Sinar Harian
Suasana di Bazar Tok Guru sunyi berbeza dengan Ramadan tahun-tahun lalu. - Foto Sinar Harian
Artikal asal disiarkan di portal Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#peniaga
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#rentas negeri
#Bazar Tok Guru
#Kelantan
#Kota Bharu
#pelanggan
#perkhidmatan pos
#Harga runcit
#kos tinggi
#harga
#ujian
#ramadan2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan