awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa

Sinar Harian
Sinar Harian
09/06/2024
11:25 MYT
Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa
Lokasi kejadian Wan Muhammad Harith Syauqi dihempap pokok kelapa di Felda Jengka 6 pada Sabtu. Gambar kanan: Wan Muhammad Harith Syauqi
MARAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dihempap pokok kelapa di belakang rumah keluarganya di Felda Jengka 6 di sini pada Sabtu.
Mangsa, Wan Muhammad Harith Syauqi Wan Hazizi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pada jam 10.35 pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang mengutip dahan kering bersama bapanya, Wan Hazizi Wan Kemboja, 50, di belakang rumah mereka.
Ibu mangsa, Saliah Mohd Noor, 39, berkata, ketika kejadian dia dan ahli keluarganya yang lain turut berada di luar rumah.
"Sebenarnya saya dan suami tinggal menyewa di Felda Jengka 3 dan pulang ke rumah mentua petang semalam (Sabtu).
"Sebelum kejadian, terdengar bunyi 'prak' tiga kali sebelum pokok itu menghempap anak, memang depan dan mata tak sempat buat apa-apa," katanya.
Saliah berkata, ketika ditemui keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu dalam keadaan pengsan serta berlumuran darah di bahagian telinga dan hidung.
"Kami segera hantar anak ke HoSHAS untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.
"Saya anggap ini ujian, takdir yang tertulis buat kami dan reda walaupun telah kehilangan anak bongsu," katanya.
Jenazah Wan Muhammad Harith Syauqi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 6 kira-kira jam 3.30 petang Ahad. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#kanak-kanak maut
#Jengka
#Felda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan