awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 7 tahun dikurung: Tiada deraan fizikal - JKM

Salim Aziz
Salim Aziz
06/03/2019
13:29 MYT
Kanak-kanak 7 tahun dikurung: Tiada deraan fizikal - JKM
Mangsa yang ditemui dikurung di dalam rumah ini Ahad lalu, dijumpa dalam keadaan lemah dan tak bermaya. - Astro AWANI
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis percaya tiada unsur penderaan fizikal dilakukan terhadap kanak-kanak perempuan 7 tahun yang ditemui dikurung di sebuah rumah di Taman Hijrah di sini, Ahad lalu.
Namun, mereka tidak menolak kemungkinan ada unsur penderaan mental.
Pengarah JKM Perlis, Mohammad Hazam Ismail berkata, peringkat awal pemeriksaan menunjukkan tiada tanda-tanda penderaan pada fizikal kanak-kanak itu.
Walaupun begitu, tindakan ibu mangsa tetap salah apabila meninggalkan anaknya sendirian di rumah dengan pintu berkunci dari luar selama lima hari, katanya.
Ujarnya, si ibu percaya bahawa anaknya selamat di rumah kerana semua perkakas bahaya seperti pisau dapur sudah disorok, selain kepala tong gas sudah dicabut.
Rentetan itu, pihak JKM akan memanggil ibu mangsa untuk menjalani sesi kaunseling dan memberikan sokongan moral supaya perkara sama tidak berulang.
Begitupun, kanak-kanak terbabit tetap akan berada di bawah pengawasan JKM sehingga usianya 18 tahun, mengikut undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Sementara itu, keadaan kanak-kanak yang masih ditahan di Hospital Tuanku Fauziah di sini, dilaporkan ceria serta tiada apa-apa masalah.
Pada Isnin, media melaporkan kanak-kanak itu telah dikurung selama lima hari oleh ibu kandungnya seorang diri di rumah mereka, dengan rumah berkunci dari luar serta tidak diberi makan.
Difahamkan, jiran-jiran yang terdengar tangisan mangsa ada memberikan makanan melalui tingkap rumah tersebut sebelum menghubungi polis untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Semalam, Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata pihaknya akan memanggil teman lelaki ibu mangsa untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#kanak kanak 7 tahun dikurung
#Taman Hijrah Kangar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan