awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lemas ketika berkelah bersama nenek, bapa saudara di Sungai Ulu Piah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/05/2021
08:34 MYT
Kanak-kanak lemas ketika berkelah bersama nenek, bapa saudara di Sungai Ulu Piah
Seorang kanak-kanak lemas ketika berkelah bersama nenek, bapa saudara dan dua abangnya di Sungai Ulu Piah, dekat sini, hari ini. - Foto ihsan JBPM
TAMBUN: Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan tiga tahun lemas ketika berkelah bersama nenek, bapa saudara dan dua abangnya di Sungai Ulu Piah, dekat sini, hari ini.
Mangsa, Izz Auf Ghazali disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa bersama anggota keluarga berkelah di kawasan sungai berkenaan kira-kira jam 10 pagi, tanpa ibu dan bapanya.
“Semasa mereka sedang mandi, tiba-tiba mangsa dikatakan menjerit meminta tolong dan bapa saudaranya cuba menyelamatkannya tetapi mangsa dihanyutkan arus sungai yang deras dan hilang dari pandangan.
“Bapa saudara mangsa telah menjerit meminta pertolongan kepada penduduk dan orang awam yang berada di situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
A. Asmadi berkata, secara kebetulan seorang lelaki yang sedang berbasikal telah menjumpai mangsa kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian, lalu membawanya ke tebing sungai.
Menurutnya, pihak ambulan yang tiba di lokasi kejadian pada kira-kira 11.40 pagi telah membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa masih ada nadi, lalu segera membawanya ke HRPB untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, kata beliau, pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia pada jam 12.55 tengahari di wad kecemasan HRPB.
“Bedah siasat akan dijalankan pada hari ini untuk mengetahui punca kematian mangsa,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#Sungai Ulu Piah
#berkelah
#Izz Auf Ghazali
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan