awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Giuffre gesa Raja Charles temui mangsa Epstein semasa lawatan ke AS
Konflik Asia Barat: AS, Iran berbalas ancaman ketika operasi mencari juruterbang AS diteruskan
Indonesia terima jenazah anggota pengaman yang terkorban di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kenderaan SUV

Bernama
Bernama
28/02/2026
15:37 MYT
Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kenderaan SUV
Basikal ditunggang mangsa yang terlibat kemalangan dengan sebuah SUV di Jalan Perumahan Batu Hampar, Manir, di sini pada Sabtu. - Gambar Sinar Harian
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Perumahan Batu Hampar di Manir dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan pada 4.12 petang yang memaklumkan berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Harrier dan sebuah basikal.
Beliau berkata kejadian itu menyebabkan mangsa Nur Adelia Qistina Mohd Shukri yang menunggang basikal mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) Manir.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta yang sedang bergerak lurus dari arah rumahnya di Perumahan Batu Hampar ke Bazar Ramadan Batu Hampar terlanggar penunggang basikal yang keluar dari arah simpang kanan secara tiba-tiba.
"Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu wanita itu tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kiri hadapan basikal," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa kini berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#maut
#SUV
#pemandu wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan