awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS apabila tekanan di Selat Hormuz reda
Op Selamat Aidilfitri: 5,544 anggota trafik digerak di seluruh negara
Isu tambang e-hailing akan dibincang Suruhanjaya Ekonomi Gig - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak putus jari, cedera di mata terkena mercun

Bernama
Bernama
16/03/2026
09:06 MYT
Kanak-kanak putus jari, cedera di mata terkena mercun
Mangsa dipercayai membakar mercun semasa berada di dalam rumah. - Gambar/ Sinar Harian
Seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira empat tahun putus jari telunjuk dan cedera pada kelopak mata akibat terkena mercun dalam kejadian di Kampung Tempoyak, Merbok, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku pada 12.45 tengah hari ketika mangsa berada di dalam rumah.
"Kanak-kanak itu dipercayai membakar mercun semasa berada di dalam rumah...letupan mercun menyebabkan mangsa putus jari telunjuk tangan kiri serta cedera pada kelopak mata kanan.
"Mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Merbok sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian daripada pihak hospital pada 2.16 petang semalam.
Hanyan berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri 2026
#Ramadan 2026
#kecederaan akibat mercun
#kanak-kanak putus jari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan