awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump akan bincang kemungkinan keluar NATO dalam pertemuan dengan Rutte
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak rentung dalam kebakaran lori dipandu bapanya

Bernama
Bernama
27/03/2026
09:38 MYT
Kanak-kanak rentung dalam kebakaran lori dipandu bapanya
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas lori yang dinaikinya terbakar dalam kejadian di Iskandar Halal Park, Cahaya Baru, di Pasir Gudang, pagi Jumaat. - Foto JBPM
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun rentung selepas sebuah lori tanpa muatan yang dinaiki bersama bapanya terbakar di Iskandar Halal Park, Cahaya Baru, Pasir Gudang, di sini, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, PBK I Iszahwati Supardi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.46 pagi. Seramai enam anggota bersama sebuah jentera FRT segera dikejarkan ke lokasi.

Sejurus tiba, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati lori jenis Volvo itu terbakar lebih kurang 60 peratus di bahagian hadapan.

“Tindakan awal orang awam telah cuba memadam kebakaran menggunakan enam unit alat pemadam api jenis debu kering serta sebuah jengkaut untuk membawa tanah,” katanya.

Katanya ketika kejadian, seorang kanak-kanak berada di dalam lori manakala bapa kanak-kanak terbabit yang juga pemandu lori itu berjaya menyelamatkan diri.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#Lori
#kanak-kanak rentung
#Pasir Gudang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan