awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tiga tahun jatuh tali air ditemui lemas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/12/2022
04:19 MYT
Kanak-kanak tiga tahun jatuh tali air ditemui lemas
Komander Operasi JBPM Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata, mayat mangsa ditemui terapung oleh pasukan pencarian. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, dekat sini semalam, ditemui mati lemas hari ini.
Mayat Muhammad Sufi Eijas Mohd Sabri, 3 tahun, dikesan kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata, mayat mangsa ditemui terapung oleh pasukan pencarian.
"Menerusi operasi yang memasuki hari kedua, pasukan pencarian berjaya mengesan mangsa kira-kira jam 11.34 pagi tadi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Semalam, kanak-kanak itu dilaporkan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air di kampung itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa dikatakan sedang bermain di atas jambatan bersama abangnya Muhammad Syakir Wafiuuddin, 8 tahun, sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam air.
Topic Berkaitan
#lemas
#Kanak-kanak
#jatuh tali air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan