awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan bola sepak wanita Iran tiba di Kuala Lumpur
Konflik Asia Barat: Serangan di Iran tidak capai tahap ‘hari paling sengit’ seperti diancam Hegseth
Ringgit dibuka tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, tidak berubah berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal angkasa NASA 600kg dijangka masuk semula ke atmosfera bumi

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
23:42 MYT
Kapal angkasa NASA 600kg dijangka masuk semula ke atmosfera bumi
Menurut ramalan US Space Force, kapal angkasa itu dijangka melakukan kemasukan semula sekitar 8.45 pagi waktu Malaysia pada Rabu, dengan julat ketidaktentuan selama 24 jam. - Foto X/MBTT
Sebuah kapal angkasa NASA seberat lebih 600 kilogram (kg), Van Allen Probe A, dijangka memasuki semula atmosfera bumi hampir 14 tahun selepas dilancarkan, menurut kenyataan NASA dan Angkatan Angkasa AS.
Menurut ramalan US Space Force, kapal angkasa itu dijangka melakukan kemasukan semula sekitar 8.45 pagi waktu Malaysia pada Rabu, dengan julat ketidaktentuan selama 24 jam.
Kebanyakan struktur probe dijangka terbakar ketika melalui atmosfera, namun NASA menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan kecil beberapa komponen terselamat.
NASA menegaskan risiko untuk manusia terkena serpihan adalah sangat rendah, dianggarkan sekitar 1 dalam 4,200, kerana majoriti serpihan akan terbakar atau jatuh ke kawasan lautan yang meliputi sebahagian besar permukaan bumi.
Lokasi tepat kemasukan semula belum diketahui sepenuhnya, namun NASA dan Angkatan Angkasa AS akan terus memantau laluan dan mengemaskini ramalan secara berterusan.
Dilancarkan pada Ogos 2012, Van Allen Probe A dan kembarannya, Probe B, ditugaskan untuk mengumpul data tentang tali pinggang radiasi Van Allen, iaitu zon yang dipenuhi zarah bercas yang terperangkap oleh medan magnet vumi.
Tali pinggang ini melindungi planet daripada sinaran kosmik, ribut suria dan angin suria yang boleh menjejaskan teknologi serta kesihatan manusia.
Misi itu pada asalnya dijadualkan berlangsung selama dua tahun, namun beroperasi hampir tujuh tahun, dari 2012 hingga 2019, sebelum probe kehabisan bahan api dan gagal mengekalkan orientasi ke arah matahari.
Antara pencapaian misinya termasuk penemuan bukti pertama kewujudan tali pinggang radiasi ketiga yang bersifat sementara semasa aktiviti suria yang kuat.
Analisis awal selepas misi tamat pada 2019 menjangkakan Probe A hanya akan jatuh semula ke bumi pada 2034, namun peningkatan aktiviti suria yang mencapai maksimum suria pada 2024 menyebabkan seretan atmosfera meningkat dan mempercepatkan proses kemasukan semula.
Kapal angkasa kembarannya, Van Allen Probe B, pula dijangka hanya memasuki atmosfera bumi selepas tahun 2030.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan