awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan guru dakwa Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh disambung Jun
Anthropic tangguh pelancaran model AI ‘Claude Mythos’ susulan risiko keselamatan siber
U Mobile lancar pelan ULTRA5G baharu, tawar kelajuan, keselamatan dan akses keutamaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal berlanggar: Operasi cari kru USS John S McCain dihentikan

Bernama
Bernama
21/08/2017
13:55 MYT
Kapal berlanggar: Operasi cari kru USS John S McCain dihentikan
Operasi SAR 10 orang kru USS John S McCain yang hilang dalam pelanggaran dengan sebuah kapal dagang dekat sini awal hari ini, dihentikan pada 7.30 malam tadi. -Gambar fail/Reuters
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 orang kru kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS John S McCain, yang hilang dalam pelanggaran dengan sebuah kapal dagang dekat sini awal hari ini, dihentikan pada 7.30 malam tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Datuk Adon Shalan dalam kenyataannya malam ini berkata operasi itu akan disambung semula pada 7 pagi esok.
Operasi SAR hari ini, yang bermula pada 8.45 pagi, dibahagikan kepada empat sektor meliputi keluasan 100 batu nautika persegi di perairan Teluk Ramunia, Johor.
Kapal USS John S McCain itu berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia kira-kira 5.40 pagi menyebabkan lima kru kapalnya cedera manakala 10 orang lagi jatuh ke dalam laut dan hilang.
Susulan kejadian itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar empat kapal iaitu Kapal Diraja (KD) Handalan, KD Gempita, KD Lekiu, CB90 dan sebuah helikopter Super Lynx untuk membantu kapal-kapal APMM dalam operasi SAR.
Operasi itu turut melibatkan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selain aset-aset APMM termasuk kapal KM Mulia dan dua bot iaitu Petir 12 dan Penggalang 39 daripada Wilayah Maritim Selatan.
Bagi pihak Singapura pula, operasi SAR diketuai oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelaburan Singapura (MPA) sambil dibantu agensi-agensi berkaitan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adon Shalan
#APMM
#SAR
#Teluk Ramunia
#TLDM
#USS John S McCain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan