awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USNS Fall River tiba di Kuching

Bernama
Bernama
14/04/2017
13:47 MYT
Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USNS Fall River tiba di Kuching
Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending, pagi tadi untuk mengambil bahagian dalam Eksesais Pacific Partnership 2017. - Foto BERNAMA
Kapal pengangkut ekspedisi Tentera Laut Amerika Syarikat USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending, di sini pada kira-kira pukul 9 pagi untuk Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17).
Ketibaan kapal yang membawa bersama 100 anggota Marin dan Tentera Laut Amerika Syarikat bersama 30 kru awam itu disambut Ketua Staf Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Kolonel Isa Daud.
Jurucakap Markas Pemerintahan Timur dalam satu kenyataan petang ini berkata kapal itu akan berlabuh sehingga tamat eksesais di sini pada 22 April ini sebelum bertolak ke pelabuhan Kuantan.
Antara yang turut serta dalam pelayaran tersebut adalah 20 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia, anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Pada perasmian PP17 di Pelabuhan Klang 10 April lalu, Panglima Angkatan Bersama Malaysia Lt Jen Datuk Fadhil Mokhtar berkata skop luas latihan akan memberi manfaat secara berterusan kepada sektor tentera Malaysia, masyarakat setempat dan mengeratkan hubungan antara negara.
Menurutnya PP17 yang akan berlangsung kira-kira 15 hari meliputi latihan di Kuching, Sarawak dan Kuantan, Pahang; memberi fokus kepada latihan bencana alam khususnya berkaitan dengan Bantuan Bencana Kemanusiaan (HADR).
Eksesais ini merupakan acara kerjasama tentera pelbagai hala antara Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Korea Selatan dan Jepun untuk meningkatkan persefahaman bersama antara negara dan bertukar pengalaman dalam bentuk latihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#kapal
#Kuching
#Tentera Laut
#USNS Fall River
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan