awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kartel perolehan' TLDM: 3 lelaki direman 7 hari

Bernama
Bernama
19/01/2024
06:45 MYT
'Kartel perolehan' TLDM:  3 lelaki direman 7 hari
Semua suspek berpakaian baju lokap SPRM tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru jam 9.40 pagi tadi diiringi pegawai SPRM. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Tiga lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes "kartel perolehan" melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 juta.
Majistret Nurmadiana Mamat membenarkan permohonan reman hingga 25 Jan ini terhadap ketiga-tiga lelaki berumur lingkungan 28 hingga 47 tahun itu bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu, kesemua mereka yang berpakaian baju lokap SPRM tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini kira-kira 9.40 pagi tadi diiringi pegawai SPRM.
Semalam, tiga lelaki yang dipercayai bertindak sebagai dalang kepada "kartel perolehan" itu ditahan SPRM Johor di pejabat agensi itu kira-kira 6 petang.
Tangkapan terhadap ketiga-tiga individu terbabit dipercayai dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang kartel terbabit kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di kem berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kartel perolehan
#TLDM
#Johor
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan