awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KASA kenal pasti langkah mitigasi banjir di seluruh negara

Bernama
Bernama
12/02/2022
09:07 MYT
KASA kenal pasti langkah mitigasi banjir di seluruh negara
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman berucap pada majlis perasmian Rumah Pam dan Jambatan JKR, Projek Tebatan Banjir Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya hari ini. - Foto BERNAMA
BALIK PULAU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengenal pasti beberapa langkah mitigasi jangka panjang dan jangka pendek dalam usaha mengatasi masalah banjir di seluruh negara.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang berlaku banjir dengan cadangan pembinaan Projek Tebatan Banjir (RTB) dalam masa terdekat.
"Pasca banjir baru-baru ini, KASA diminta oleh kerajaan untuk mengadakan perbincangan dan kajian bagi langkah-langkah mitigasi jangka panjang serta pendek, dapatan awal yang kami dapat ialah RTB dan rumah pam di kawasan kerap banjir.
"Selain itu, turut dicadangkan pembinaan takungan air atau 'kota takungan pinggir sungai, pembangunan kawasan penempatan berdaya tahan banjir seperti sponge city di kawasan perumahan baharu dan memperkasa sistem amaran awal supaya tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkuasa dan penduduk," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Rumah Pam RTB Teluk Kumbar, di sini hari ini.
Projek RTB Teluk Kumbar siap sepenuhnya pada 10 Dis lepas membabitkan kos RM10 juta dan memberi manfaat kepada 21,800 penduduk di situ, melibatkan kawasan pelindungan banjir tujuh kilometer persegi.
Terdahulu dalam ucapannya, Mansor berkata kerajaan pusat menyalurkan RM150 juta untuk melaksanakan RTB Sungai Pinang, di sini dengan projek itu bermula Jun ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang empat tahun lagi.
Menurutnya projek seluas 52 kilometer persegi itu akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk di kawasan berkenaan yang sebelum ini kawasan perumahan mereka kerap di landa banjir termasuk banjir kilat jika berlaku hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KASA
#langkah mitigasi
#Kementerian Alam Sekitar dan Air
#banjir
#Mansor Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan