awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaspersky Lab sasar Malaysia sebagai lokasi kedua bagi Pusat Ketelusan Data

Bernama
Bernama
14/11/2018
05:42 MYT
Kaspersky Lab sasar Malaysia sebagai lokasi kedua bagi Pusat Ketelusan Data
Anton Shingarev berkata Malaysia merupakan pilihan yang ketara berikutan negara itu kini menempatkan ibu pejabat kami bagi Asia Tenggara. Kami telah menemui organisasi Malaysia untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai pelan itu - Astro AWANI
Penyedia perisian anti-virus, Kaspersky Lab, telah menyenarai pendek Malaysia bagi Pusat Ketelusan Data keduanya, selepas pembukaan yang pertama di Switzerland.
Naib Presiden Hal Ehwal Awam Kaspersky Lab Anton Shingarev memberitahu Bernama, syarikat itu akan memuktamadkan perkara itu pada tahun depan, dengan Malaysia jelas sejajar dengan operasi semasanya di rantau ini.
"Malaysia merupakan pilihan yang ketara berikutan negara itu kini menempatkan ibu pejabat kami bagi Asia Tenggara. Kami telah menemui organisasi Malaysia untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai pelan itu," katanya.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut.
Shingarev, yang juga ketua pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkata pelan itu akan menjadi lebih wajar, jika kerajaan menyokongnya.
"Sebenarnya, kami melihat kecenderungan yang tentatif daripada kerajaan Malaysia. Kaspersky mempunyai perniagaan yang amat kukuh dan berjaya di Malaysia dan kerajaan menyedari mengenai risiko siber," katanya sewaktu Kasperksy Transparent Summit : Rebuilding Trust and Minimising Risk in Cybersecurity di sini.
Sementara itu, CEO Kaspersky Lab Eugene Kaspersky berkata inisiatif ketelusan syarikat itu telah diwujudkan lebih awal daripada dakwaan pengintipan, berhubung perisian anti-virus syarikat itu.
Pusat Ketelusan itu, akan menyaksikan Kasperksy menempatkan semula beberapa proses teras, termasuk penyimpanan data pelanggan ke Pusat Ketelusan yang berpangkalan di Zurich, yang dibuka semalam.
Inisiatif itu bertujuan untuk mendapatkan keyakinan terhadap integriti dan kepercayaan produknya.
Di bawah Inisiatif Ketelusan Globalnya, Kaspersky merancang untuk memindahkan beberapa proses terasnya, termasuk pemprosesan untuk kebanyakan rantau, selain pemasangan perisian dan pengesanan ancaman terkini.
Kemudahan itu akan menyimpan dan memproses semua maklumat untuk pengguna di Eropah, Amerika Utara, Singapura, Australia, Jepun dan Korea Selatan, dengan lebih banyak lagi negara.
Dilaporkan sebelum ini bahawa Kasperksy Lab telah menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan mengenai cabaran keselamatan siber.
Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik Stephan Neumeier kemudiannya berkongsi mengenai penilaiannya ke atas tahap ancaman keselamatan siber yang akan datang dan pada masa sama, penyedia antivirus itu mengetahui mengenai dasar-dasar baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan, selain langkah-langkah keselamatan siber.
Topic Berkaitan
#Anton Shingarev
#Asia
#Australia
#Kaspersky
#Korea Selatan
#Singapura
#Stephan Neumeier
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan