awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Johor patah cubaan sindiket edar dadah bernilai hampir RM1 juta

Bernama
Bernama
12/06/2025
04:05 MYT
Kastam Johor patah cubaan sindiket edar dadah bernilai hampir RM1 juta
Aminul Izmeer menunjukkan gambar dadah yang dirampas pada sidang media di Menara Kastam Johor, Johor Bahru, hari ini. --*fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan cubaan sindiket pengedaran dadah menggunakan kurier seberat 10.194 kilogram bernilai RM955,687 di sini, April lepas.
Pengarah Kastam Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata dalam operasi yang dijalankan pada 3.35 petang, 23 April lepas itu, pasukan penguat kuasa melakukan pemeriksaan ke atas dua kotak bungkusan beralamat dari Hong Kong di sebuah pusat mel dan kurier sekitar sini.
"Hasil pemeriksaan terhadap setiap kotak itu, pasukan telah menjumpai dua bungkusan gula-gula yang diletakkan di atas satu botol putih yang mengandungi cecair berwarna hitam.
"Ujian dan saringan awal terhadap cecair hitam itu mendapati ia dadah jenis morfin," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Aminul Izreen berkata dua kotak itu dialamatkan kepada seorang penama di sebuah rumah teres dua tingkat di Pulai, Johor, dan diikrarkan sebagai makanan.
Bagaimanapun, status pemilikan rumah itu masih dalam siasatan dan usaha mengesan sindiket dan pemilik parcel sedang giat dilakukan.
Beliau berkata pada tahun ini sahaja sebanyak lima kes pengedaran dadah menggunakan kurier telah direkodkan di negeri ini yang turut melibatkan dadah seperti ganja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM
#Dadah
#morfin
#Aminul Izmeer Mohd Sohaimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami