awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu

Bernama
Bernama
18/03/2024
21:30 MYT
Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu
JKDM menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sarawak bagi tahun ini melibatkan rampasan berjumlah 46kg syabu bernilai lebih RM1.5 juta yang disembunyikan dalam bungkusan pakaian terpakai. - Foto BERNAMA
KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sarawak bagi tahun ini melibatkan rampasan berjumlah 46 kilogram (kg) metamfetamina, atau syabu, bernilai lebih RM1.5 juta yang disembunyikan dalam bungkusan pakaian terpakai.
Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya berkata seorang lelaki berusia lewat 20-an yang disyaki ahli sindiket turut ditahan di sebuah rumah di Matang dekat sini pada 6 Mac lepas.
"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua dadah itu dibungkus menggunakan paket teh Guan Yin Wang... kesemua bungkusan ditemukan disembunyi dalam empat bungkusan pakaian terpakai yang diletak di ruang tamu tingkat bawah rumah berkenaan.
"Berdasarkan jumlah berat rampasan itu, dianggarkan seramai lebih 450,000 orang dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat JKDM Sarawak di sini pada Isnin.
Beliau berkata serbuan itu dilakukan dengan kerjasama antara Cawangan Narkotik, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) dengan Pasukan Cawangan Narkotik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Norizan berkata bahan narkotik itu dibawa masuk dari Semenanjung dan dibungkus bersama pakaian terpakai bagi mengaburi pihak berkuasa.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki itu bertanggungjawab melakukan agihan dan penghantaran kepada pelanggan sekitar Kuching.
"Berdasarkan sumber, sindiket ini dipercayai mula beroperasi sejak beberapa bulan lepas. Mahkamah Majistret Kuching telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula 7 Mac ke atas lelaki tersebut bagi tujuan siasatan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntuk hukuman mati atau penjara seumur hidup atau jika tidak dijatuhi hukuman mati, akan dikenakan tidak kurang 15 sebatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kastam Sarawak
#Dadah
#sindiket pengedaran dadah
#Norizan Yahya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan