awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kasut kurniaan Sultan Johor - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
11/07/2022
15:00 MYT
Kasut kurniaan Sultan Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata, kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini menafikan beliau telah membeli sepasang kasut yang berharga puluhan ribu ringgit.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
"Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.
"Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat," katanya menerusi hantaran itu.
Terdahulu, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan isu kasut itu yang dipetik daripada akaun media sosial milik seorang individu mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#kasut ribuan ringgit
#kurniaan Sultan Johor
#kasut mahal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan