awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawal emosi jika tersangkut dalam kesesakan lebuh raya - PLUS

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
24/01/2020
08:00 MYT
Kawal emosi jika tersangkut dalam kesesakan lebuh raya - PLUS
"Bila kita berada dalam kesesakan, paling penting yang perlu dijaga adalah emosi," kata Mohd Yusuf Abdul Aziz. - Gambar BERNAMA
Pemandu yang hendak pulang ke kampung perlu mengawal emosi seandainya tersangkut dalam kesesakan di lebuh raya.
Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, ia elemen penting selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan memastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
"Bila kita berada dalam kesesakan, paling penting yang perlu dijaga adalah emosi.
"Jangan potong barisan menggunakan laluan kecemasan. Patuhi arahan semasa sepanjang perjalanan, di kawasan sesak kita letak anggota tambahan, termasuk anggota beruniform.
"Patuhi arahan semasa, kita sentiasa berusaha menyurai trafik di kawasan kesesakan," katanya ketika ditemui di sini, pada Jumaat.
BACA: Guna laluan alternatif, elak kesesakan sempena Tahun Baru Cina - Polis
BACA: Pulang ke kampung Tahun Baharu Cina nanti? Ini cadangan waktu perjalanan buat anda
Sebelum ini, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail menjelaskan, pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berpeluang menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus pada 25 Januari ini sempena Tahun Baharu Cina.
Katanya, pengguna lebuh raya akan diberikan diskaun tol sebanyak 20 peratus ketika membayar tol antara jam 12 tengah malam hingga 11:59 malam.
Dalam pada itu kata Mohd Yusuf, PLUS turut menyediakan kopi di kawasan rehat terpilih dan mendapat rehat secukupnya di hentian rawat dan rehat sebelum memulakan semula perjalanan
Tambahnya, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik
Topic Berkaitan
#Azman Ismail
#Kawasan Rehat dan Rawat
#Lebuhraya Pantai Timur 2
#LPT2
#Pantai Timur
#PLUS
#Plusline
#Tahun Baru Cina
#tol
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan