awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN cadang wujudkan kad warga asing di Sabah - Hamzah

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2022
08:11 MYT
KDN cadang wujudkan kad warga asing di Sabah - Hamzah
Hamzah berkata, apabila mereka dikenal pasti sebagai warga asing, mereka mungkin boleh digunakan sebagai tenaga kerja dan diberikan kad pekerja. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan kad warga asing sebagai dokumen pengenalan diri untuk golongan itu yang tinggal lama di Sabah termasuk kanak-kanak.
Menyambut baik cadangan Kerajaan Sabah itu, Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pemberian kad ini akan membolehkan semua pihak dan agensi mengenal pasti taraf seseorang itu terutama di Sabah.
Tegasnya, perkara ini penting dalam memastikan sesiapa sahaja yang berada di Malaysia mempunyai dokumen dan identiti pengenalan diri.
"Kad warga asing ini adalah cadangan yang telah diberikan Kerajaan Sabah kepada KDN dan dibincangkan bersama Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Sabah (JKPWAS) Teknikal dan kita rasa ia satu cadangan yang baik.
"Ia penting dalam kita memastikan sesiapa sahaja yang berada dalam negara ini mempunyai dokumen dan identiti," katanya. pada sidang media di Putrajaya pada Khamis.
Terdahulu, Hamzah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Di Sabah (JKPWAS-INDUK) Bilangan 1 Tahun 2022 bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Dalam pada itu, Hamzah menegaskan pemberian kad warga asing itu bukan bermaksud memberi mereka kad sah warganegara sebaliknya kad perakuan sebagai warga asing.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan pelaksanaan pemberian kad warga asing itu.
"Ini adalah kad pemberitahuan yang mereka adalah warga asing yang tinggal dalam negara. (Dari segi pelaksanaan atau pemberian) pihak pendataan akan melakukan semua.
"Kita beri kad warga asing dan bukannya kad pengenalan. Pada kad itu (nanti) akan tertulis warga asing. Sekurang-kurangnya mereka warga asing," katanya.
Tambahnya, apabila mereka dikenal pasti sebagai warga asing, mereka mungkin boleh digunakan sebagai tenaga kerja dan diberikan kad pekerja.
"Kita lakukan ini bermaksud ada sikap perikemanusiaan dan mereka juga warga dunia, sebagai warga dunia kita harus memberi mereka pengenalan," katanya.
Dalam pada itu, Hamzah berkata mesyuarat JKPWAS-INDUK hari ini bersetuju supaya pelaksanaan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negeri Sabah diteruskan bagi membanteras kebanjiran pendatang tanpa izin di negeri itu.
Topic Berkaitan
#warga asing Sabah
#Hamzah Zainuddin
#kad warga asing
#JKPWAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan