awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'

Bernama
Bernama
08/02/2025
05:15 MYT
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'
KDN memaklumkan Perintah Larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa 21 dan 22 Jan 2025.
PUTRAJAYA: Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Perintah Larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa 21 dan 22 Jan 2025.
Tiga judul buku itu ialah My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That's Left In The World oleh Erik J. Brown.
"Perintah Larangan di bawah Akta 301 ini, berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku.
"Dalam masa yang sama, masyarakat turut mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan KDN, tindakan Perintah Larangan bagi kesemua hasil penerbitan berkenaan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 7(1) Akta 301, yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan tiga hasil penerbitan tersebut, yang mungkin memudaratkan kemoralan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.
"Adalah diingatkan bahawa, berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen 8(2) Akta 301, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua- duanya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#larangan penerbitan
#buku lucah
#moral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan