awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN sasar 75 peratus klien AADK pulih tahun ini - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
29/05/2023
15:30 MYT
KDN sasar 75 peratus klien AADK pulih tahun ini - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata walaupun kadar peratusan ini agak tinggi, dengan model pemulihan yang sentiasa ditambah baik, beliau yakin AADK mampu mencapainya. - Gambar fail/Bernama
PADANG BESAR: Kementerian Dalam Negeri menyasarkan sebanyak 75 peratus daripada 100 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pulih pada tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun kadar peratusan ini agak tinggi, dengan model pemulihan yang sentiasa ditambah baik, beliau yakin AADK mampu mencapainya
"Pada 2022, bagi setiap 100 klien AADK, 71 orang telah berjaya pulih daripada masalah ketagihan dadah dan ini perlu dikekalkan sepanjang hayat, bukannya untuk tiga empat tahun sahaja...
"Justeru itu, segala usaha kebersamaan dan sokongan berterusan masyarakat yang diberikan kepada klien adalah antara modal sosial yang penting dalam mengekalkan kepulihannya," katanya ketika berucap di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang di sini malam ini yang dirasmikan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Saifuddin Nasution juga berkata KDN berhasrat menjadikan PUSPEN sebagai institusi yang boleh memberi peluang kedua kepada individu tercicir dan tergelincir untuk mengikuti proses pemulihan berasaskan Model i-Pulih AADK yang merangkumi aspek akal, rohani serta jasmani.
Beliau berkata modul dan silibus yang diikuti di PUSPEN disusun dengan rapi bagi membolehkan klien didedahkan dengan ilmu serta pengetahuan dalam bidang kerohanian, pengurusan diri, kesihatan dan kemahiran vokasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#AADK
#PUSPEN
#proses pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan