awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN terbuka tambah baik proses permohonan kad pengenalan

Bernama
Bernama
04/07/2025
09:23 MYT
KDN terbuka tambah baik proses permohonan kad pengenalan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau menghormati pendedahan EAIC itu dan bagi KDN serta agensi di bawahnya amat mengutamakan keselesaan pelanggan, iaitu rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BELUD: Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka untuk memperbaik proses permohonan kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) susulan pendedahan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), semalam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau menghormati pendedahan EAIC itu dan bagi KDN serta agensi di bawahnya amat mengutamakan keselesaan pelanggan, iaitu rakyat.
"Perlu juga saya sebutkan bahawa ada juga berlaku, permohonan daripada rakyat itu sama ada gagal ataupun ditolak terus adalah kerana dokumen itu palsu.
"Contohnya, di klinik bersalin yang sebenarnya tidak berlaku pun proses kelahiran di situ tetapi digunakan untuk mengeluarkan pengesahan kelahiran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI KDN di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pangkalan Abai di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata JPN juga mempunyai piagam yang sangat jelas, pantas dan cepat tanpa kompromi dari sudut ketulenan bagaimanapun sekiranya perlu ada elemen penambahbaikan, pihaknya terbuka untuk menambah baik proses itu.
"Apabila rakyat yang memerlukan perkhidmatan terkesan kerana proses lambat, menjadi kewajiban KDN untuk memperbaiki," katanya.
Pada Rabu, media melaporkan EAIC mendedahkan terdapat kelewatan tidak wajar oleh seorang pegawai penyiasat JPN Sabah dalam mengendalikan permohonan kad pengenalan baharu melibatkan seorang kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#permohonan kad pengenalan
#Saifuddin Nasution Ismail
#JPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan