awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadilan kecam penutupan Al-Aqsa, anggap ia perbuatan provokasi dan pencabulan

Astro AWANI
Astro AWANI
20/03/2026
08:30 MYT
Keadilan kecam penutupan Al-Aqsa, anggap ia perbuatan provokasi dan pencabulan
Keadilan mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa, dengan menyifatkannya sebagai satu provokasi serius serta pencabulan jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan hak umat Islam. - Foto AP
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa, dengan menyifatkannya sebagai satu provokasi serius serta pencabulan jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan hak umat Islam.
Biro Hubungan Antarabangsa parti itu, dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut telah menghalang umat Islam daripada menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa, khususnya ketika bermulanya bulan suci Ramadan.
Menurut kenyataan itu, tindakan berkenaan merupakan antara pencabulan paling ketara terhadap kesucian tapak suci Islam.
“Keadilan turut menyatakan bahawa langkah itu bukan sahaja menjejaskan akses umat Islam ke Masjid Al-Aqsa, malah mencerminkan tindakan diskriminasi dan sewenang-wenangnya oleh Israel dalam mengawal kawasan Kota Lama Baitulmaqdis serta tempat-tempat ibadat umat Islam.
“Tindakan tersebut melanggar prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan norma perlindungan tempat suci semasa pendudukan,” katanya lagi.
Dalam pada itu biro tersebut berkata, Keadilan menyambut baik kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh lapan negara majoriti Islam iaitu Indonesia, Mesir, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu yang mengecam tindakan Israel berkenaan.
Menurut parti itu, pendirian bersama negara-negara tersebut menunjukkan bahawa isu Masjid Al-Aqsa merupakan isu umat Islam sejagat dan bukan semata-mata isu politik.
Tambahnya lagi, Keadilan turut merujuk kepada kenyataan Kementerian Luar Negeri Malaysia yang menyifatkan tindakan Israel sebagai “pelanggaran serius” terhadap sejarah dan perundangan sedia ada berhubung status quo Masjid Al-Aqsa.
Katanya lagi, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga telah mendokumentasikan peningkatan pelanggaran di kawasan tersebut, termasuk sekatan terhadap jemaah yang ingin menunaikan solat Isyak, Tarawih dan solat Jumaat.
Menurut PKR, perkembangan ini menunjukkan bahawa tindakan di Masjid Al-Aqsa bukan bersifat terpencil, sebaliknya sebahagian daripada usaha yang tersusun dan berterusan.
Parti itu turut menegaskan bahawa keseluruhan kawasan Masjid Al-Aqsa meliputi keluasan 144 dunam, termasuk Masjid Qibli dan Kubah Batu, dan merupakan tanah wakaf Islam.
Parti itu menegaskan bahawa Wakaf Islam Baitulmaqdis dan Hal Ehwal Masjid Al-Aqsa di bawah Kementerian Wakaf Jordan adalah satu-satunya entiti sah yang mempunyai bidang kuasa penuh terhadap pengurusan dan pentadbiran Masjid Al-Aqsa.
“Keadilan menggesa masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan undang-undang antarabangsa, melindungi kebebasan beragama dan memastikan kesucian Masjid Al-Aqsa terus terpelihara,” menurut biro itu lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan