Kebakaran Sandakan: Hajiji zahir dukacita, arah bantuan segera

Awal pagi ini, kira-kira 200 buah rumah atas air dilaporkan musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan. - Foto JBPM Sabah
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan rasa dukacita susulan kebakaran besar yang melibatkan ratusan rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, awal pagi tadi.
Beliau berkata kerajaan negeri telah menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan mangsa sentiasa terjamin di samping menyediakan bantuan segera.
“Keutamaan kita ketika ini adalah untuk memastikan kebajikan semua mangsa dijaga termasuk penyediaan tempat perlindungan sementara, makanan serta keperluan asas,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan segala bentuk bantuan dapat disalurkan dengan segera dan berkesan kepada mangsa terjejas.
Terdahulu hari ini, kira-kira 200 buah rumah atas air dilaporkan musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi di perkampungan tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

