awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan harapan terhadap rundingan AS-Iran
Senat AS sekat usaha Demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran
ICRC hantar barangan bantuan pertama ke Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran tiga blok sekolah di Bachok disebabkan kemalangan - Bomba

Bernama
Bernama
15/04/2026
08:16 MYT
Kebakaran tiga blok sekolah di Bachok disebabkan kemalangan - Bomba
Dalam kejadian itu, tiga blok bangunan sekolah berkenaan terbakar dengan satu daripadanya musnah hampir sepenuhnya. - Gambar fail
Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kebakaran yang memusnahkan tiga blok bangunan di Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Bachok, Kelantan, pada Ahad lepas dipercayai berpunca daripada kemalangan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci termasuk menganalisis sampel yang telah dihantar ke makmal di Terengganu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Dalam siasatan lanjut, memandangkan ia melibatkan bangunan kerajaan, kita perlu meneliti semua aspek. Buat masa ini, kita simpulkan sebagai kemalangan sementara menunggu keputusan analisis makmal diperoleh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 JBPM Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.
Ahmad Izram berkata bangunan asrama sekolah berkenaan tidak dikategorikan di bawah keperluan Sijil Perakuan Bomba (FC), sekali gus menjadikan pemantauan berkala oleh pihak bomba tidak diwajibkan seperti premis yang mempunyai sijil tersebut.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata pentingnya kesedaran dan tanggungjawab pihak pengurusan premis dalam mengurangkan risiko kebakaran, khususnya melibatkan bangunan lama.
“Kita mengharapkan pihak warden atau penyelia lebih peka terhadap aspek keselamatan, termasuk keadaan pendawaian elektrik dan penggunaan peralatan, terutama melibatkan pengecasan peranti yang boleh menyebabkan beban berlebihan (overload),” katanya.
Ahmad Izram berkata kebanyakan kes kebakaran lazimnya berpunca daripada masalah elektrik atau perkakas elektrik berbanding faktor lain seperti penggunaan gas yang tidak terdapat di asrama berkenaan.
Dalam kejadian itu, tiga blok bangunan sekolah berkenaan terbakar dengan satu daripadanya musnah hampir sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#asrama
#Bachok
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan