awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebanggaan berganda mak ayah: Adik konvo satu pentas dengan kakak

AWANI Rangers UMP
AWANI Rangers UMP
22/11/2017
02:02 MYT
Kebanggaan berganda mak ayah: Adik konvo satu pentas dengan kakak
Majlis Konvokesyen UMP ke 12 catat sejarah tersendiri. - Foto Awani Rangers UMP
Kenangan konvokesyen bagi dua beradik, Muhammad Hanif Umar Baki dan kakaknya, Siti Fatimah Umar Baki pastinya sesuatu yang akan diingat sampai bila-bila.
Istiadat konvokesyen yang dilalui oleh mereka sama seperti 2,845 graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang kali ke-12 baru-baru ini.
Tetapi sejarah yang terpahat tidak sama dengan yang lain, Muhammad Hanif dan Siti Fatimah berkongsi pentas yang sama untuk menggenggam segulung ijazah di majlis berkenaan.
Bagi Muhammad Hanif, sesuatu yang nyata menggembirakan apabila melihat senyum dan tawa yang terukir daripada kedua ibu-bapanya.
“Saya berasa amat senang sekali untuk bergraduasi bersama kakak saya kerana ianya memudahkan perjalan ibu bapa kami kerana kami berasal dari Sarawak dan memerlukan kami untuk menaiki kapal terbang untuk datang ke sini,” kata Muhammad Hanif yang merupakan anak keempat dari lima adik- beradik.
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli manakala kakaknya Siti Fatimah merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pengurusan Industri.
Jelas terpancar kegembiraan dua beradik ini apabila ayahnya, Umar Baki Sani @ Wahid Sani dan ibunya Hajah Halwar Dollah turut sama hadir meraikan mereka.
Pada Majlis Konvokesyen kali ini, ijazah telah disampaikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah pada sidang pertama manakala pada sidang kedua, ijazah telah disampaikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.
Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Pahang (UMP) berlangsung pada 18 hingga 20 November di UMP Kampus Gambang menyaksikan seramai 2,845 graduan di UMP menerima diploma dan ijazah
______________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UMP Nazmi Nasir, Shaza Akmalina dan Ummi Amirah. Suntingan oleh Mimi Rabita PNC
**Awani Rangers UMP adalah hasil kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Topic Berkaitan
#AWANIRangers
#Ijazah Sarjana Muda
#kebanggan mak ayah
#Muhammad Hanif Umar Baki
#Siti Fatimah Umar Baki
#UMP
#Universiti Malaysia Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan