Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga

Nga berkata pihaknya mengamalkan polisi terbuka dalam perkara membabitkan pembinaan rumah ibadat di seluruh negara dan bersedia berjumpa dengan jawatankuasa rumah ibadat berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Semua pihak yang ingin melaksanakan pembinaan rumah ibadat perlu mengemukakan permohonan kebenaran merancang (KM) kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Ringkasan AI
- Semua pihak perlu mengemukakan permohonan kebenaran merancang (KM) kepada pihak berkuasa tempatan sebelum membina rumah ibadat, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan unit Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) dengan peruntukan RM50 juta setiap tahun untuk bantu rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak membenarkan pembinaan rumah ibadat secara tidak sah tanpa kebenaran, menyatakan bahawa Malaysia adalah negara berperlembagaan yang tertakluk kepada undang-undang.
Nga berkata di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pihaknya mempunyai unit Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang menyediakan peruntukan bagi kerja penyelenggaraan.
"Setiap tahun kami sediakan RM50 juta untuk membantu rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara.
"Bagi masjid, ia di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan peruntukan RM2.6 bilion disediakan," katanya.
Semalam, Nga berkata KPKT melalui PBT bersedia bekerjasama dengan semua pihak berkaitan dalam melaksanakan program pemutihan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak membenarkan mana-mana rumah ibadat dibina secara tidak sah tanpa mengikut peraturan.
Menurut Anwar Malaysia merupakan negara berperlembagaan dan sebarang pembinaan rumah ibadat tertakluk kepada undang-undang.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


