awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebenaran rentas daerah: Pihak industri wajar kenakan SOP tambahan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
06/12/2020
10:11 MYT
Kebenaran rentas daerah: Pihak industri wajar kenakan SOP tambahan
Pihak industri atau syarikat swasta wajar mengenakan Prosedur Operasi Standard (SOP) tambahan bagi mengelak penularan COVID-19 susulan kebenaran rentas daerah dan negeri berkuat kuasa 7 Disember. Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Pihak industri atau syarikat swasta wajar mengenakan prosedur operasi standard (SOP) tambahan bagi mengelak penularan COVID-19 susulan kebenaran rentas daerah dan negeri berkuat kuasa 7 Disember.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi & Biostatistik) Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Malina Osman pada masa sama berkata, orang ramai perlu melakukan kawalan kendiri dan memastikan pematuhan SOP yang tinggi apabila keluar dari rumah.
"Kita sudah menghadapi perkara ini sejak Mac. Masing-masing sudah penat kerana rasa terkongkong dan merasai kesan emosinya. Jadi apabila dapat keluar, ia peluang baik dan perlu patuh SOP dan dalam keadaan tertentu dialu-alukan jika pihak industri dan swasta dapat mengenakan suatu SOP tambahan bagi mengelakkan penularan atau potensi kes-kes baharu," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Ahad.
BACA: Rentas negeri, daerah dibenarkan kecuali di kawasan PKPD
Tambahnya, kebanyakan isu kegagalan untuk patuh kepada SOP adalah melibatkan tempat kerja dan di tempat awam.
Ia termasuk tidak memakai pelitup muka dengan sempurna dan gagal menjaga jarak sosial.
Malah, bukan sahaja di tempat kerja, mereka juga perlu melindungi golongan yang berisiko seperti warga emas apabila pulang ke kediaman atau kampung halaman.
"Tumpuan juga perlu diberikan bukan sahaja di tempat kerja, tetapi juga apabila balik ke rumah, mereka perlu mngelakkan penularan di tempat kerja ke rumah. Jangkitan ini serius apabila ia terkena pesakit kronik.
"Jadi kita perlu lindungi mereka yang rentan seperti golongan tua, penyakit kronik, dan mereka yang menjaga orang sakit," tambahnya.
Topic Berkaitan
#industri
#SOP
#COVID-19
#Malaysia
#rentas negeri
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan