awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran paip IWK punca lubang benam di Pantai Jerejak

Bernama
Bernama
16/10/2024
11:10 MYT
Kebocoran paip IWK punca lubang benam di Pantai Jerejak
Fahmi (kanan) meninjau lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak hari ini.
GEORGE TOWN: Insiden lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak dekat sini hari ini berpunca daripada kebocoran paip Indah Water Konsortium (IWK).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak Fahmi Zainol berkata kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan IWK yang dianggarkan mengambil masa selama seminggu.
"Pengguna jalan raya perlu guna laluan alternatif kerana jalan ke Taman Sri Nibong melalui Krystal Point akan ditutup selama seminggu," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.
Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri turut meninjau lokasi lubang benam berkenaan di Lebuh Bukit Kecil 3, setelah dilaporkan penduduk kira-kira 8 pagi ini.
Gambar tayar sebuah bas sekolah terbenam di lubang berkenaan turut tular, namun tiada kecederaan dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lubang benam
#jalan mendap
#pulau pinang
#Pantai Jerejak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan