awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yuran lesen H.264 dilapor melonjak, platform penstriman berdepan kos jutaan dolar
Konflik Asia Barat: Serangan AS–Israel ragut 13 nyawa di Baharestan, Iran
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah tidak ikut Selangor

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
31/01/2013
06:42 MYT
Kedah tidak ikut Selangor
Kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS tidak akan mengikut langkah Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan memohon untuk membubarkan DUN Kedah jika waktu pembubaran itu memihak kepada PAS untuk menang pilihan raya di Kedah.
"Kalau PRU13, itu hak (kerajaan pusat untuk bubar) parlimen. Hak negeri ikut suka saya. Kalau boleh menang kita bubar. Kalau ada punca nak kalah hendak bubar buat apa?" kata Azizan ketika ditemui di Pokok Sena lewat Rabu.
Azizan bagaimana pun menjelaskan, segala keputusan tertakluk kepada persetujuan pucuk pimpinan PAS pusat.
Katanya lagi, pendiriannya itu samalah seperti pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan pusat Barisan Nasional yang akan membubarkan Parlimen sekiranya yakin sokongan rakyat memihak kepada mereka.
Kerajaan negeri Selangor pada Rabu mencadangkan pembubaran DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei iaitu 15 hari selepas perayaan Tahun Baharu Cina sekiranya kerajaan Pusat masih belum memberi petanda untuk membubarkan Parlimen.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media berkata, pembubaran tersebut akan tetap dibuat meskipun kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pengumuman.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam reaksinya pula memaklumkan kerajaan negeri Selangor berhak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.
Namun Abdul Aziz menegaskan, ia tidak berhak menentukan tarikh pilihan raya, kerana perkara itu terletak dalam bidang kuasa SPR.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Azizan Abdul Razak
#Kedah
#PRU-13
#PRU13
#Selangor
#Tan Sri Khalid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan