awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai pengurup wang rugi RM2 juta disamun tiga lelaki

Bernama
Bernama
17/05/2017
04:06 MYT
Kedai pengurup wang rugi RM2 juta disamun tiga lelaki
Sum berkata polis menjumpai dua pistol tiruan yang digunakan suspek berhampiran kedai itu. - Gambar fail
Sebuah kedai pengurup wang di Jalan Mustafa Al Bakri kerugian kira-kira RM2 juta selepas pelbagai mata wang asing termasuk Ringgit Malaysia dibawa lari tiga lelaki, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kejadian kira-kira 6.45 petang itu berlaku sebaik sebelum premis ditutup, tiga suspek memakai topi keledar dan bertutup muka serta bersenjatakan pistol tiruan bertindak memegang tangan pengawal keselamatan sebelum merampas senapang patah.
"Suspek kemudiannya mengarahkan pekerja membuka peti besi serta mengambil wang di dalamnya. Kesemua lelaki itu kemudian melarikan diri bersama senapang patah itu dengan menaiki sebuah Toyota Hilux," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sum berkata polis menjumpai dua pistol tiruan yang digunakan suspek berhampiran kedai itu.
Pihak polis sedang menyiasat kes dan meneliti rakaman daripada kamera litar tertutup untuk menjejaki ketiga-tiga suspek itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ipoh
#pengurup wang
#Sum Chang Keong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan