awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Selamat Aidilfitri: 5,544 anggota trafik digerak di seluruh negara
Isu tambang e-hailing akan dibincang Suruhanjaya Ekonomi Gig - Loke
Tamim Dahri dikesan di Riyadh, mahkamah tangguh pertuduhan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan AS di Baghdad diserang dron, roket

AWANI Columnist
AWANI Columnist
17/03/2026
09:33 MYT
Kedutaan AS di Baghdad diserang dron, roket
Butiran terperinci mengenai tahap kerosakan atau sebarang kecederaan berhubung serangan berkenaan masih belum tersedia buat masa ini. - Reuters
Gelombang baharu serangan roket dan dron menyasarkan kawasan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baghdad pada awal pagi Selasa, sehingga mencetuskan siren amaran dan bunyi pintasan ruang udara, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita Shafaq.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai tahap kerosakan atau sebarang kecederaan berhubung serangan berkenaan masih belum tersedia buat masa ini.
Perkembangan itu berlaku beberapa jam selepas sebuah dron dilaporkan menghentam pagar bahagian atas Hotel Al-Rasheed di Zon Hijau, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda.
Ketegangan di rantau berkenaan semakin memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas, yang setakat ini telah mengorbankan kira-kira 1,300 nyawa, termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.
Serangan itu bukan sahaja mengakibatkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur, malah turut menjejaskan pasaran global serta sektor penerbangan antarabangsa.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Baghdad
#serangan dron
#Iraq
#Kedutaan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan