awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan AS di Riyadh diserang dua dron, cetus kebakaran

Astro AWANI
Astro AWANI
03/03/2026
00:24 MYT
Kedutaan AS di Riyadh diserang dua dron, cetus kebakaran
Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kecederaan melibatkan kakitangan kedutaan. - Foto X/dodee
Pihak berkuasa Arab Saudi melaporkan berlaku “kebakaran terhad” di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara Riyadh selepas premis itu dipercayai diserang dua dron.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan anggaran awal, serangan melibatkan dua dron itu menyebabkan kebakaran kecil serta kerosakan material ringan pada bangunan berkenaan.
“Kedutaan AS di Riyadh telah menjadi sasaran serangan dua dron menurut anggaran awal, mengakibatkan kebakaran terhad dan kerosakan material kecil pada bangunan,” katanya.
Insiden itu sebelum ini dilaporkan Reuters sebagai satu letupan yang mencetuskan kebakaran di kompleks Kedutaan AS Riyadh.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kecederaan melibatkan kakitangan kedutaan.
Pihak berkuasa Arab Saudi memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang dan butiran sebenar serangan tersebut.
Keadaan keselamatan di sekitar kawasan kedutaan dilaporkan terkawal.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#letupan
#Kedutaan AS
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan