awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Penutupan Selat Hormuz dan ruang udara beri kesan rantaian bekalan global - Penganalisis
Aidilfitri: Larangan kenderaan berat di jalan raya pada 19-20 Mac, 28-29 Mac
Lagi kes pijak al-Quran: MCMC laksana siasatan segera, kesan individu terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Malaysia di Doha bantu rakyat Malaysia terkandas ke Jeddah

Bernama
Bernama
10/03/2026
05:18 MYT
Kedutaan Malaysia di Doha bantu rakyat Malaysia terkandas ke Jeddah
Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar membantu pergerakan rakyat Malaysia yang terkandas di Qatar ke Jeddah dengan menaiki bas sebagai sebahagian daripada pengaturan evakuasi pada Isnin. -Foto Facebook
Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar membantu pergerakan rakyat Malaysia yang terkandas di Qatar ke Jeddah dengan menaiki bas sebagai sebahagian daripada pengaturan evakuasi pada Isnin.
Dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa, kedutaan itu memaklumkan bahawa sebelum berlepas, Duta Besar Malaysia ke Qatar Faizal Razali telah menyampaikan ucapan kepada kumpulan berkenaan dan menzahirkan penghargaan atas kerjasama serta sokongan mereka yang membantu memastikan proses evakuasi berjalan lancar.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia kini berada pada fasa akhir persiapan untuk melaksanakan proses evakuasi rakyat Malaysia dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Asia Barat, susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing di rantau itu.
Operasi evakuasi itu diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan supaya semua langkah perlu digerakkan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terjejas, menurut MKN dalam satu kenyataan.
Ia berkata operasi berkenaan akan diselaras dengan kerjasama rapat Kementerian Luar melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan.
Menurut rekod Kementerian Luar, setakat 8 Mac, seramai 641 rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa negara terjejas di rantau itu, manakala 24,568 rakyat Malaysia telah bendaftar melalui sistem e-Konsular setakat 7 Mac.
Amerika Syarikat (AS) dan Israel terus melancarkan serangan berskala besar terhadap Iran sejak 28 Feb, yang mengorbankan lebih 1,200 orang termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dan pegawai tinggi tentera, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Iran melancarkan serangan balas menggunakan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset Amerika Syarikat (AS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qatar
#Doha
#kedutaan
#Faizal Razali
#rakyat Malaysia terkandas
#Jeddah
#konflik
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan