awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejadian cerun runtuh, Jalan Tun Sardon ditutup hingga Sabtu

Bernama
Bernama
23/10/2025
15:45 MYT
Kejadian cerun runtuh, Jalan Tun Sardon ditutup hingga Sabtu
JKR Pulau Pinang menutup sepenuhnya Jalan Negeri P14 iaitu Jalan Tun Sardon (Bukit Baru), hingga 6 petang Sabtu ini bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan susulan kejadian runtuhan cerun. - Foto Sinar Harian
BALIK PULAU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang menutup sepenuhnya Jalan Negeri P14 iaitu Jalan Tun Sardon (Bukit Baru) di sini, hingga 6 petang Sabtu ini bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan susulan kejadian runtuhan cerun petang tadi.
Dalam kenyataan menerusi Facebook, JKR Pulau Pinang memaklumkan penutupan yang bermula hari ini itu bagi membolehkan pihak kontraktok yang dilantik oleh JKR Daerah Barat Daya melaksanakan kerja pembersihan jalan dan lain-lain kerja berkaitan.
"Sehubungan itu, pengguna jalan raya di kawasan tersebut diminta memberi kerjasama dan dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan sepanjang penutupan itu," menurut kenyataan itu.
Terdahulu media melaporkan kejadian runtuhan cerun pada kira-kira 5 petang berikutan hujan lebat sejak awal pagi itu, turut menyebabkan beberapa pokok tumbang hingga menghalang laluan kenderaan di kawasan berkenaan.
Berikutan insiden tersebut, jalan utama yang menghubungkan Balik Pulau dan Paya Terubong itu terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas ditimbuni tanah serta pokok sekali gus menimbulkan risiko kepada pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Tun Sardon
#cerun runtuh
#jalan tutup
#JKR Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan