awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan Janushaa buktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia - PM

Bernama
Bernama
13/06/2022
07:48 MYT
Kejayaan Janushaa buktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pencapaian Janushaa juga menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan. - Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Kejayaan Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) B. Janushaa yang menjadi pegawai wanita pertama negara menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia juga menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan.
"Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.
"Syabas dan tahniah PKK Janushaa!" katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Janushaa, 23, yang merupakan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke USNA dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat (AS) itu sejak 1971.
Beliau mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA pada 2018 selama empat tahun bersama 1,085 pelatih dari AS dan 14 pelatih dari luar negara itu.
Majlis Tamat Pengajian disempurnakan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Janushaa Balakrishnan
#TLDM
#USNA
#Amerika Syarikat
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan