awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Catur 1000 Liga Putrajaya cungkil bakat anak muda

Bernama
Bernama
11/12/2022
03:00 MYT
Kejohanan Catur 1000 Liga Putrajaya cungkil bakat anak muda
Kejohanan itu dapat mengasah kemahiran dan kemampuan kanak-kanak untuk menguasai permainan itu bermula dari usia muda. -Gambar fail/Freeimages
PUTRAJAYA: Kejohanan Catur 1000 Liga Putrajaya kategori Bawah 12 Tahun yang berlangsung pada Sabtu berjaya menarik penyertaan 96 peserta yang hadir memakai busana lengkap tradisional Melayu dan berpakaian tradisional Jepun kimono.
Kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Putrajaya itu berlangsung di Pusat Latihan ChessMaths, Presint 15.
Presiden Catur Putrajaya Firdaus Ismail berkata kejohanan itu dapat mengasah kemahiran dan kemampuan kanak-kanak untuk menguasai permainan itu bermula dari usia muda.
"Di negara hebat seperti Amerika Syarikat dan Rusia, kanak-kanak didedah dan dilatih bermain catur seawal usia lima tahun untuk bertanding di peringkat dunia.
"Selain kejohanan ini, kita wujudkan juga modul khas untuk melatih mereka agar dapat menjadi pelapis dan dapat bertanding di peringkat yang lebih tinggi," katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Pakar Ortopedik Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Dr Azlan Sulaiman yang hadir bersama anak-anaknya Muhammad Danial, 9, dan Arifah Auni, 11, berkata permainan catur telah banyak membantu mereka membentuk jati diri dan merangsang daya berfikir.
"Catur banyak bantu anak-anak saya lebih fokus bukan sahaja dalam permainan ini malah dari segi pembelajaran di sekolah.
"Ini kerana catur mendidik mereka untuk sentiasa menepati masa, menghormati undang-undang permainan serta mengajar mengawal emosi dan menjaga hati pihak lawan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Catur 1000 Liga Putrajaya
#Firdaus Ismail
#Jabatan Belia dan Sukan Putrajaya
#tradisional Melayu dan kimono
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan