awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekuatan BSMM kerana kehadiran golongan belia - Tunku Puteri Intan Safinaz

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2023
15:39 MYT
Kekuatan BSMM kerana kehadiran golongan belia - Tunku Puteri Intan Safinaz
Tunku Puteri Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan BSMM juga memaklumkan, disebabkan penyertaan ramai belia, pihaknya mempunyai jawatankuasa dan polisi belia yang diaplikasikan di seluruh negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kehadiran ramai golongan belia dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menyumbang kepada kekuatan dan keunikan badan tersebut.
Tunku Temenggong Kedah YTM Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah memaklumkan minat golongan belia dalam BSMM ini sangat dialu-alukan.
Tunku Puteri Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan BSMM juga memaklumkan, disebabkan penyertaan ramai belia, pihaknya mempunyai jawatankuasa dan polisi belia yang diaplikasikan di seluruh negara.
Ujar beliau, menerusi jawatankuasa tersebut, golongan belia diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan memimpin beberapa program di seluruh negara.
"Polisi remaja kita yang kita aplikasi diseluruh negara, jadi setiap negeri ada wakil belia dan menggalakkan mereka untuk mengatur program di peringkat belia.
"Mereka adalah penganjur atau they organise the program, they lead the program, they conduct the program (mereka menganjurkan program, mereka mengetuai program, mereka mengendalikan program)," katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Semangat kesukarelawan golongan belia yang menyertai BSMM ini tidak pernah pudar biarpun ada yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi atau sudah mempunyai pekerjaan tetap.
"Tidak ramai tetapi ada dan mereka menjadi role model (model peranan) ataupun leaders (pemimpin), pemimpin kepada remaja.
"Mereka terus memberi inspirasi kepada remaja-remaja lain untuk terus berkhidmat walaupun masih sekolah atau di universiti atau mula bekerja, saya amat terharu dengan mereka," katanya lagi.
Tunku Puteri Safinaz menjelaskan, cabaran BSMM adalah untuk menarik minat kesukarelawan kepada mereka yang lebih dewasa dan mempunyai komitmen dalam kerjaya.
Jelas beliau, usaha yang dilakukan BSMM adalah cuba memupuk semangat kesukarelawan di kalangan komuniti agar ia menjadi tabiat harian.
Topic Berkaitan
#Bulan Sabit Merah Malaysia
#BSMM
#Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim
#Tunku Temenggong Kedah
#sukarelawan
#kepimpinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan