awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelab malam, pub dan pusat karaoke kekal tidak dibenarkan beroperasi - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2021
13:34 MYT
Kelab malam, pub dan pusat karaoke kekal tidak dibenarkan beroperasi - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata kerajaan tidak berkompromi dalam soal pembukaan kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan kerana ia masih dalam senarai terlarang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Operasi kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan tidak pernah dibenarkan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac tahun lalu, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.
Beliau menegaskan terdapat salah faham terhadap kebenaran beroperasi bagi sektor tersebut selama ini.
"Ada salah faham, operasi kelab malam merangkumi kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan tidak dibenarkan sejak PKP pada Mac tahun lalu.
"Ketiga-tiga perniagaan itu tidak pernah diberi kebenaran dan kekal berada dalam senarai larangan beroperasi.
"Statistik serbuan dan tangkapan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pusat hiburan termasuk pub dan kelab malam dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Januari lalu merekodkan 951 premis pusat hiburan diserbu, 9,587 kompaun dikeluarkan dan 4,666 tangkapan dilakukan.
BACA: PKP 2.0: Boleh makan di restoran mulai 10 Feb - Ismail Sabri
BACA: PKP 2.0: Prihatin melihat rakyat terhimpit, ini sektor dibenarkan kembali dibuka
"Ini menunjukkan kerajaan tidak berkompromi dalam soal pembukaan kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan kerana ia masih dalam senarai terlarang," katanya pada sidang media pelaksanaan PKP pada Selasa.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#pub
#kelab malam
#karaoke hiburan
#Menteri Kanan Pertahanan
#pusat karaoke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan