awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelab Penyokong Kerajaan ditukar nama

Bernama
Bernama
08/08/2018
06:39 MYT
Kelab Penyokong Kerajaan ditukar nama
Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul bertindak sebagai Pengerusi BBC sementara Anggota Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng sebagai Timbalan Pengerusi.
Nama kelab yang dikhususkan kepada Anggota Dewan Rakyat daripada parti kerajaan kini dikenali sebagai Majlis Ahli-ahli Backbencher (eng: Backbenchers Council).
Ketua Penyelaras Majlis Ahli-ahli Backbencher Ong Ooi Heng berkata nama lama bagi kelab itu iaitu Kelab Penyokong Kerajaan kini tidak lagi digunakan.
"Singkatannya adalah BBC dan bukan PHBBC. Hal ini kerana anggota Majlis Ahli-ahli Backbencher adalah termasuk ahli-ahli Parlimen yang tidak berada dalam komponen Pakatan Harapan seperti Warisan (Parti Warisan Sabah)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul bertindak sebagai Pengerusi BBC sementara Anggota Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng sebagai Timbalan Pengerusi.
Anggota Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang pula ialah Setiausaha majlis itu.
Selain itu, semua whip parti adalah anggota jawatankuasa BBC, kata Ong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Backbencher
#Chang Lih Kang
#Dewan Rakyat
#Johari Abdul
#Majlis Ahli-ahli Backbencher
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Pengerusi BBC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan