awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelab Rukun Negara diperluas di semua sekolah

Bernama
Bernama
14/08/2023
20:04 MYT
Kelab Rukun Negara diperluas di semua sekolah
Aaron menyerahkan buku 'Malaysia Tanah Airku' kepada Fadhlina pada pelancaran program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah di Dewan Kompleks Seri Bintang, Kuala Lumpur, 14 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kelab Rukun Negara akan diperluaskan di sekolah-sekolah di seluruh negara termasuk sekolah swasta, bagi memperkukuh usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata Kelab Rukun Negara memainkan peranan penting bagi memperkenalkan serta menerapkan lima prinsip terkandung dalam Rukun Negara.
Beliau berkata adalah penting bagi kelab yang ketika ini terdapat di 6,849 sekolah itu diperluaskan, agar hasrat dan dasar keseluruhan falsafah Rukun Negara dapat dihayati oleh pelajar.
"Kelab Rukun Negara menjadi peneraju perpaduan di sekolah-sekolah, kita akan luaskan penubuhannya. Makluman akan diberikan dari semasa ke semasa. Kelab ini bertujuan memastikan program perpaduan berjalan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan Negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023 di Kompleks Seri Bintang di sini semalam.
Program tersebut diadakan untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara dalam diri pelajar sekolah dan menjadikan ia sebahagian daripada sikap dan tingkah laku mereka bagi mengukuhkan semangat jati diri serta semangat cintakan negara.
Ia adalah sebahagian daripada program yang dirangka di bawah Flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI dalam kluster Semarak Kenegaraan.
Fadhlina seterusnya mengingatkan warga pendidik bahawa mereka memainkan peranan bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mendidik generasi muda bermula daripada bangku sekolah.
"Guru adalah ejen perpaduan. Kita boleh lihat bagaimana guru menyampaikan hasrat, impian dan tekad bagaimana perpaduan patut dilaksanakan di sekolah," katanya.
Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang yang turut hadir pada majlis hari ini berkata sekolah swasta diharapkan dapat memberi kerjasama dalam usaha memperluaskan Kelab Rukun Negara.
"Di peringkat sekolah memang sudah ada 6,849 Kelab Rukun Negara, kita harap ia akan ditubuhkan di semua sekolah. Kami berharap sekolah swasta sama terlibat menjayakan program perpaduan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelab rukun negara
#Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
#pelajar
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan